by

UMNO Paya Besar turut tolak kerjasama dengan Bersatu

News Sources:

KUANTAN: UMNO Bahagian Paya Besar kemuka usul menolak kerjasama dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) bagi menghadapi pilihan raya umum ke-15 (PRU-15).

Ketua UMNO Bahagian Paya Besar, Datuk Ahmad Tajuddin Sulaiman berkata, umum menyedari wujudnya Bersatu ekoran kekecewaan terhadap UMNO apabila pemimpinnya dipecat daripada parti keramat orang Melayu tersebut.

“Wujudnya Bersatu atas dendam kesumat yang ingin menguburkan UMNO. Wujudnya Bersatu dengan harapan dapat menggantikan UMNO sebagai satu-satunya parti Melayu di tanah air ini.

“Lantaran itu, pelbagai kata nista dihamburkan terhadap UMNO walaupun akhirnya mereka telah meminta pertolongan UMNO bagi mewujudkan kerajaan baharu yang dipanggil Perikatan Nasional (PN),” katanya yang mencadangkan usul tanpa bahas itu pada mesyuarat perwakilan UMNO Bahagian Paya Besar di Dewan Sri Semuji, Agro Resort Semuji di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE





Source link

Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

News Feed