by

UMS sumbang pelindung muka untuk calon SPM SMK St. Mary

News Sources:

KUALA LUMPUR – Sejumlah 250 pelindung muka UMS Covi-Pro telah disumbangkan oleh Universiti Malaysia Sabah (UMS) kepada guru dan pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) St. Mary Limbahau, Papar di Sabah baru-baru ini.

Pengetua SMK St. Mary Limbahau, Philip Chew dan Penolong Kanan Hal Ehwal Murid, Bengkong Anak Pungat @ Cassidy Pungat mewakili sekolah berkenaan menerima pelindung muka tersebut sebelum diagihkan kepada guru-guru dan pelajar sekolah.

Philip Chew dan Bengkong Anak Pungat @ Cassidy Pungat mewakili sekolah menerima pelindung muka UMS Covi-Pro sebelum diagihkan kepada guru-guru dan pelajar sekolah di Papar, Sabah baru-baru ini.

Sementara itu, Pengarah Pusat Instrumentasi dan Perkhidmatan Sains (PIPS) UMS, Prof. Madya Dr. Zaleha A. Aziz berkata, sumbangan tersebut diberikan kepada guru-guru dan calon pelajar Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun 2021 yang pada masa ini sedang menjalani sesi pengajaran dan pembelajaran (PdP) secara bersemuka.

“Sumbangan ini merupakan salah satu usaha UMS membantu mengekang penularan pandemik Covid-19 dalam kalangan masyarakat termasuk di kawasan sekolah agar aspek keselamatan guru-guru dan pelajar dapat dipertingkatkan.

“Diharap sumbangan ini dapat memanfaatkan warga SMK St. Mary Limbahau dan memudahkan prosesi PdP di kelas berjalan dengan lancar,” katanya.

Tambah Zaleha, UMS Covi-Pro merupakan inovasi kumpulan penyelidik yang diketuai Prof. Dr. How Siew Eng dari Fakulti Sains dan Sumber Alam dan Dr. Choong Dr Chong Wai Hen dari Fakulti Kejuruteraan bersama-sama sukarelawan UMS yang dihasilkan untuk kegunaan kakitangan dan anggota barisan hadapan UMS.

Ia juga turut disumbangkan kepada petugas barisan hadapan di pelbagai agensi.

Sejak digerakkan, penghasilan UMS Covi-Pro pada penghujung bulan Mac 2020, UMS telah menyumbangkan inovasi tersebut kepada petugas di beberapa agensi antaranya Jabatan Kesihatan Negeri Sabah, Hospital Likas, Institut Latihan Kementerian Kesihatan Malaysia, Jabatan Imigresen Malaysia, dan MASwings Sdn Bhd. -MalaysiaGazette



Source link

Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

News Feed