by

‘United boleh kalahkan sesiapa saja’

News Sources:

LONDON: Manchester United melangkah ke tahun 2021 dengan keyakinan mampu ‘mengalahkan sesiapa sahaja, di mana-mana’ selepas melonjak ke tangga kedua Liga Perdana Inggeris dengan menewaskan Wolverhampton 1-0 pagi tadi.

Gol Marcus Rashford tiga minit memasuki waktu kecederaan memastikan anak-anak buah Ole Gunnar Solskjaer menghambat pendahulu, Liverpool dengan dua mata di belakang.

“Ini keputusan yang amat besar, ia mencerminkan sikap pemain kami.

“Kami pasukan yang berbeza sekarang, jauh lebih baik secara mental dan fizikal. Itu jelas ditunjukkan menerusi prestasi hari ini.

“Saya percaya pemain-pemain United sekarang sudah ada pemikiran ‘kami boleh kalahkan sesiapa sahaja, di mana-mana’,” kata Solskjaer.

United menang tiga daripada 15 perlawanan musim ini dalam waktu kecederaan selepas menewaskan Brighton dan Southampton dengan cara yang sama.

Situasi itu mengingatkan Solskjaer kepada kariernya sebagai pemain di Old Trafford di bawah bimbingan Alex Ferguson.

“Kami ada tradisi seperti ini (menang saat akhir). Memenangi perlawanan pada lewat permainan melibatkan aspek mental serta fizikal,” kata Solskjaer.

Solskjaer menggambarkan kemenangan daripada persembahan kurang bertenaga itu sebagai ‘langkah besar’ , apatah lagi United mengalahkan Wolverhampton buat pertama kali dalam lima pertemuan sejak skuad kendalian Nuno Espirito Santo kembali ke liga utama dua tahun setengah yang lalu.

“Kami bergelut berdepan mereka, ini  kemenangan pertama dalam liga. Kami bertemu mereka tujuh kali (sejak tiga musim lalu) dan tidak pernah ada banyak gol,” kata Solskjaer. – AGENSI





Source link

Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

News Feed