by

Usah persoal komitmen Pas terhadap MN – Takiyuddin

News Sources:

KUALA LUMPUR: Pas tidak mahu mana-mana pihak mempersoalkan sama ada mereka benar-benar serius mahu menjadi sebahagian daripada Muafakat Nasional (MN).

Setiausaha Agung Pas, Datuk Takiyuddin Hassan berkata partinya berpegang teguh kepada Piagam MN yang dimeterai bersama UMNO pada 14 September 2019 bagi mengembangkan naratif Islam dan Melayu tanpa menafikan kepelbagaian agama, kaum dan budaya sebagai paksi kestabilan politik, keharmonian kaum serta kesejahteraan negara.

“Mana-mana pihak tidak perlu meminta Pas memilih sama ada hendak bersama MN atau tidak kerana Pas adalah antara watak utama yang merangka dan berusaha menubuhkan MN atas dasar penyatuan ummah.

“MN perlu dijadikan amalan musyawarah dalam memperkasakan agenda Islam, Melayu, Bumiputera khususnya dan rakyat Malaysia amnya secara tuntas dalam kerangka Perlembagaan negara demi membangunkan negara inklusif, sejahtera dan menjamin keadilan sosial merentasi batas warna kulit mahupun anutan,” katanya dalam kenyataan.

Justeru, Takiyuddin berpandangan MN bukanlah milik eksklusif sesuatu parti atau kelompok, sebaliknya harus dibuka kepada semua kalangan yang cintakan perpaduan, keharmonian dan keadilan dalam negara ini.

Katanya lagi, dengan mengekalkan komitmen dalam agenda besar MN, tiada suatu pun halangan yang dikenakan kepada UMNO daripada kekal bersama Barisan Nasional (BN) mahupun Pas dari menyertai mana-mana gabungan atau kerjasama politik bagi menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

“Apa yang penting adalah gabungan UMNO dan PAS boleh malah perlu bekerjasama dengan mana-mana pihak yang mempunyai cita-cita yang sama dalam menghadapi PRU-15 dengan suatu persefahaman yang jitu khususnya tiada pertembungan sesama sendiri yang menguntungkan pihak lain.

“Pas amat yakin bagi mencapai cita-cita dan hasrat ini semua pihak perlu meneroka jalan damai dan saling menerima serta hormat menghormati, bukan sebaliknya,” katanya. -UTUSAN ONLINE





Source link

Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

News Feed