by

Usul kerjasama Bersatu dibawa dalam PAU

News Sources:

KUALA LUMPUR: Usul yang dikemukakan lebih 140  perwakilan bahagian UMNO seluruh negara berhubung kerjasama dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu)  akan dibawa dalam Perhimpunan Agung UMNO hujung bulan ini.

Naib Presiden UMNO,  Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata,  selain usul tersebut,  usul lain termasuk kerjasama  dengan DAP serta Datuk Seri Anwar Ibrahim akan dibawa dalam mesyuarat  Majlis Tertinggi (MT)  esok seterusnya  diserahkan kepada Pengerusi Jawantankuasa Usul sebelum dibawa dalam perhimpunan agung itu nanti.

“Kalau perhimpunan UMNO luluskan usul ini ia akan jadi dasar parti. Apabila ia jadi dasar parti setiap ahli perlu patuh. Ini prosedur UMNO dan setiap tahun ini yang kita buat. 

“Kalau nak ubah sekalipun ia dibuat dalam mesyuarat agung luar biasa. UMNO parti yang kuat mendukung demokrasi dan semua ahli berhak memberi pandangan,” katanya dalam sidang akhbar di Kementerian Pertahanan hari ini. 

Sebelum ini, difahamkan 189 daripada 191 bahagian UMNO yang selesai bersidang dikatakan menolak kerjasama dengan Bersatu. – UTUSAN ONLINE





Source link

Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

News Feed