by

Vaksin China bawa sinar harapan buat Zimbabwe

News Sources:

BEIJING – Zimbabwe merupakan antara satu daripada negara Afrika paling awal menerima vaksin COVID-19 sumbangan China.

Bekalan pertama vaksin berkenaan dijadual tiba di Harare Isnin depan.

Presiden Zimbabwe, Emmerson Mnangagwa menyifatkan sumbangan vaksin itu memberi sinar harapan dalam usaha negaranya memerangi wabak.

Beliau turut menzahirkan ucapan terima kasih atas bantuan China itu ketika diwawancara pemberita Kumpulan Media China (CMG) pada Jumaat.

“China merupakan negara pertama yang membekalkan vaksin kepada kami. Ini memperlihatkan keutuhan hubungan kedua-dua negara.

“Petugas barisan hadapan merupakan golongan pertama yang akan menerima suntikan, diikuti warga emas dan mereka yang mempunyai penyakit,” jelasnya.

Mengulas hubungan dua hala, Emmerson menyatakan, kerjasama kedua-dua negara membabitkan pelbagai bidang terus diperkasa, manakala persahabatan yang terjalin sekian lama diperkukuh lagi.

“Negara kami masih ketinggalan dalam kemudahan awam. Sistem lebuh raya dan landasan kereta api perlu ditambah baik. China maju dalam bidang berkenaan dengan menguasai teknologi yang lebih canggih.

“Kami akan menghantar pelajar dan golongan muda ke China untuk mempelajari teknologi tersebut, sehingga menguasai untuk membangunkan negara kami,” katanya kepada CMG.

Presiden turut mencadangkan kedua-dua negara meningkatkan kerjasama dalam bidang pertanian, perlombongan, sains dan pendidikan.- BERNAMA



Source link

Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

News Feed