by

Vaksin perlu untuk semua termasuk bukan warganegara, kata Annuar

News Sources:

KUALA LUMPUR – Langkah kerajaan Perikatan Nasional (PN) yang memutuskan untuk memberikan vaksin kepada semua orang termasuk bukan warganegara adalah satu tindakan tepat.

Menurut Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa, negara tidak akan dapat menyelesaikan masalah penularan Covid-19 sekiranya hanya memberikannya kepada warganegara sahaja.

Ahli Parlimen Ketereh itu menjelaskan, langkah tersebut perlu memandangkan jumlah kes yang tinggi melibatkan bukan warganegara.

“Pekerja bukan warganegara sahaja dalam sektor binaan ada beratus ribu, saya nak pastikan dasar itu memang ada merit.

“Kalau kita imunisasi hanya kepada warganegara penyakit berjangkit tidak selesai masalah. Ia kecuali kita lakukan pada semua yang bermastautin di negara ini,” katanya dalam sidang media selepas menghadiri program Pertanian Bandar di Wilayah Persekutuan hari ini.

Annuar berkata, keputusan itu dicapai dalam mesyuarat Kabinet yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin baru-baru ini.

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Khairy Jamaluddin, Khairy Jamaluddin Abu Bakar semalam berkata, Malaysia hanya akan selamat daripada pandemik jika penduduk termasuk bukan warganegara yang menetap di negara ini turut menerima vaksin.

Kerana itu pemberian vaksin percuma kepada bukan warganegara perlu dilakukan kerana rakyat Malaysia tidak selamat sehinggalah semua orang selamat.

Dalam pada itu, Annuar menegaskan, pihaknya akan turut mencadangkan agar penduduk berpendapatan rendah khususnya golongan B40 yang tinggal di kawasan berkepadatan tinggi turut diberikan keutamaan menerima vaksin Covid-19.

Jelas beliau, pihaknya akan berunding dengan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan MOSTI bagi memastikan cadangan itu diterima.

“Saya perlu duduk dan berunding dengan Menteri Kesihatan dan menteri yang menjaga tentang vaksin iaitu Khairy Jamaluddin.

“Oleh kerana kita di kawasan padat penduduk dan menanggung risiko yang tinggi sebab kita hidup sebelah menyebelah dengan pendatang asing, pemegang kad UNHCR, pekerja di tapak pembinaan yang telah terbukti berlaku kes yang banyak.

“Maka saya mahu jaminan daripada KKM dan MOSTI bagi memberikan keutamaan dan mendahulukan mereka yang berisiko tinggi dimana tinggal di kawasan penduduk yang padat dan golongan berpendapatan rendah,” katanya lagi. – MalaysiaGazette



Source link

Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

News Feed