by

Vaksin untuk MP, ADUN bantu kawal Covid-19

News Sources:

PETALING JAYA: Pemberian vaksin terhadap ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) sebenarnya secara tidak langsung dapat membantu menangani wabak pandemik Covid-19.

Ini kerana Ahli Parlimen Permatang Pauh, Nurul Izzah Anwar berpandangan ahli Parlimen dan ADUN sering bertemu dengan rakyat serta ahli partinya sendiri sehingga mampu mewujudkan kluster yang tidak diingini.

“Keutamaan penerima vaksin bergantung kepada penilaian risiko dan ahli Parlimen beserta ADUN boleh dianggap berisiko tinggi berdasarkan kekerapan menyantuni orang ramai dan komuniti luaran.

“Justeru, pemberian vaksin kepada ahli Parlimen dan ADUN membantu dalam mengawal penyebaran pandemik ini kepada orang ramai. Diharap juga pemberian vaksin ini dapat membantu keyakinan orang ramai dalam pengambilan vaksin demi menyelamatkan kita semua daripada pandemik Covid-19,” katanya dalam kenyataannya di Facebook. – UTUSAN





Source link

Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

News Feed