by

Video sebar kumpulan didakwa di Stadium Shah Alam palsu

News Sources:

SHAH ALAM: Polis Selangor mengesahkan video yang memaparkan sekumpulan individu yang ditempatkan di kawasan tertutup didakwa Stadium Shah Alam adalah palsu.

Pemangku Ketua Polis Selangor, Datuk Arjunaidi Mohamed berkata, video berdurasi 32 saat yang tular di laman sosial adalah tidak benar.

Menurut Arjunaidi, video ditayangkan memaparkan sekumpulan manusia ditempatkan di dalam sebuah stadium tertutup yang didakwa berlaku di Stadium Shah Alam.

“Kejadian ini dikatakan berpunca daripada kesesakan di Hospital Sungai Buloh yang tidak dapat menampung jumlah pesakit Covid-19.

“Polis Selangor mengesahkan bahawa berita yang disebarkan melalui video tersebut adalah berita palsu dan tidak benar.

“Masyarakat diminta bertenang dan diingatkan agar tidak mudah terpengaruh dengan sebarang bentuk berita palsu yang disebarkan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab,” katanya dalam kenyataan di sini malam ini.

Beliau menasihatkan orang ramai agar tidak membuat sebarang perkongsian atau menyebarkan sebarang berita yang diperoleh daripada sumber yang tidak sahih.

“Perbuatan sebegini boleh mencetuskan suasana panik, tidak harmoni serta boleh mengugat ketenteraman awam.

“Masyarakat boleh mendapatkan pengesahan daripada pihak berkuasa terlebih dahulu tentang sesuatu isu atau berita,” ujarnya. – UTUSAN ONLINE





Source link

Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

News Feed