by

Walaupun KDNK menguncup tetapi masih baik

News Sources:

KUALA LUMPUR – Penguncupan ekononi pada tahun lalu, iaitu sebanyak 5.6%, adalah lebih baik berbanding unjuran awal oleh organisasi antarabangsa.

Ini kerana Dana Kewangan Antarabangsa mengunjurkan pengucupan sebanyak 5.8%, Bank Dunia (-5.8%) dan Bank Pembangunan Asia (-6.0%), kata Menteri Kewangan, Datuk Seri Tengku Zafrul Abdul Aziz.

Bagaimanapun, pelbagai tanda-tanda pemulihan ekonomi telah dapat dilihat pada tahun 2020 iaitu penurunan Keluaran Dalam Negara Kasar 1.7% pada bulan Disember adalah lebih baik berbanding 4.0% pada bulan November 2020.

Ini membuktikan keberkesanan inisiatif segera Kerajaan di bawah pakej rangsangan ekonomi KITA PRIHATIN, yang telah disalurkan pada suku keempat 2020 seperti Geran Khas PRIHATIN (GKP) 2.0, Program Subsidi Upah (PSU) 2.0 dan Bantuan PRIHATIN Nasional (BPN) 2.0.

Selain itu, kadar pengangguran yang lebih rendah berbanding kadar pengangguran tertinggi 5.3% pada bulan bulan Mei 2020, iaitu 4.8% bagi S4 2020, dan 4.8% bagi bulan November dan Disember 2020.

Walaupun pelaksanaan PKPB pada bulan Disember telah menjejaskan aktiviti pasaran buruh, PSU 2.0 dan BPN 2.0 juga telah membantu meredakan kekangan kewangan rakyat dan perniagaan.

Dari segi penawaran, sepanjang S4 2020, sektor pembuatan telah mencatatkan pertumbuhan sebanyak 3.0% setahun (suku ketiga 2020: 3.3%), sekali gus mengimbangi penguncupan sektor-sektor lain, dan disokong oleh persekitaran perdagangan luar yang lebih baik, yang mana nilai eksport barangan telah meningkat sebanyak 8.6% pada tempoh yang sama (suku ketiga 2020: 6.1%).

Menurutnya, Malaysia kekal berdaya saing sebagai pengeksport utama di rantau ini.

Pada suku keempat 2020, jumlah perdagangan berkembang kepada RM483 bilion (S3 2020: RM460.9 bilion), selain itu, negara masih mengekalkan lebihan dagangan untuk 23 tahun berturut-turut, yang telah merekodkan jumlah sebanyak RM59.9 bilion (suku ketiga 2020: RM60.3 bilion).

Jumlah pelaburan langsung asing (FDI) juga telah merekodkan aliran masuk bersih sebanyak RM6.1 bilion untuk tempoh yang sama (suku ketiga 2020: RM0.8 bilion).

Tambah beliau, pembiayaan bersih terus berkembang sebanyak 4.4% sepanjang suku keempat 2020 (S3 2020: 4.6%) melalui peningkatan penerbitan bon korporat.

Selain itu, keperluan modal kerja serta pembelian kereta penumpang dan tempat kediaman terus meningkatkan pengeluaran pinjaman kepada rakyat dan juga perniagaan, mencerminkan pemulihan permintaan yang baik. – MalaysiaGazette



Source link

Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

News Feed