by

Wanita merayau seorang diri di Lumut dihantar pulang

News Sources:

LUMUT: Seorang wanita yang kelihatan seperti menghadapi masalah kesihatan di kawasan Stesen Bas Lumut di sini awal pagi semalam, dihantar pulang kepada ahli keluarganya di Batu Kurau hari ini.

Wanita berusia 29 tahun itu sebelum itu dikatakan diganggu oleh beberapa remaja sebelum diselamatkan oleh seorang pekerja di salah sebuah kedai di situ.

Ketua Polis Daerah Manjung, Asisten Komisioner Nor Omar Sappi, berkata, wanita tersebut ditemui anggota Balai Polis Seri Manjung yang melakukan rondaan di kawasan itu kira-kira pukul 3 pagi.

“Wanita itu didapati tidak memiliki sebarang dokumen pengenalan diri bersamanya, oleh itu pihak polis membawanya ke Balai Polis Seri Manjung untuk tindakan lanjut,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Nor Omar berkata, pihak polis kemudian membawa wanita tersebut ke Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Seri Manjung bagi mengesan identitinya.

Katanya, daripada semakan JPN mendapati wanita tersebut menetap di Kampung Air Hitam, Batu Kurau di dalam daerah Larut Matang dan Selama.

Menurut Nor Omar, pihak polis berjaya mengesan waris wanita tersebut dengan bantuan Balai Polis Batu Kurau.

“Kira-kira pukul 3 petang hari ini, anggota Polis Balai Seri Manjung telah menghantar wanita tersebut ke Balai Polis Batu Kurau untuk diserah kepada warisnya,” katanya.

Menurut Nor Omar pihaknya, tidak pasti bagaimana wanita itu datang dan berada di kawasan Lumut yang terletak sejauh lebih 130 kilometer dari tempat asal kediamannya.

Beliau berkata, semakan rekod juga mendapati wanita tersebut pernah dilaporkan hilang dari rumahnya. – UTUSAN ONLINE





Source link

Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

News Feed