by

Wanita tertua di dunia sambut hari lahir ke-118

News Sources:

TOKYO: Wanita tertua di dunia, Kane Tanaka yang diiktiraf Guinness World Record menyambut ulang tahun kelahirannya ke-118.

Tanaka yang lahir pada 2 Januari 1903, menyambut ulang tahun kelahirannya di pusat kesihatan di Fukuoka.

Beliau menyambut ulang tahun kelahirannya sambil bertepuk tangan dan memaklumkan mahu kekal sihat sehingga umurnya mencecah 120 tahun.

Tanaka yang masih sihat, mampu makan tiga kali sehari serta mengamalkan senaman, namun tidak berpeluang bertemu saudaranya berikutan kawalan pergerakan akibat pandemik Covid-19. -AGENSI





Source link

Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

News Feed