by

Wanita UMNO teliti pelaksanaan pengeluaran i-Sinar

News Sources:

KUALA LUMPUR – Wanita UMNO akan melihat dan meneliti secara dekat pelaksanaan pengeluaran simpanan melalui i-Sinar seperti yang diumumkan semalam.

Ketua Penerangan Wanita UMNO, Datuk Norshida Ibrahim berkata, langkah itu diambil agar pemohon yang memohon pengeluaran terbabit tidak berdepan dengan sebarang kesukaran lain kelak.

“Sebetulnya kita sedar dan tahu sudah pasti akan memakan masa dalam melicinkan usaha berkenaan namun, kita mengharapkan ianya tidak berpanjangan supaya rakyat tidak lagi dibebani dengan masalah serta karenah birokrasi dan sebagainya.

“Kita memahami dan mendengar keluh kesah rakyat di luar sana dan terima kasih kepada kerajaan yang mendengar desakan demi desakan daripada pelbagai pihak dalam isu tersebut,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Norshida berkata, pemansuhan syarat pengeluaran i-Sinar seperti yang diumumkan oleh Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz semalam tentunya melegakan para pemohon yang telah membuat permohonan sebelum ini.

Pastinya desakan daripada pimpinan parti politik termasuklah daripada UMNO dan netizen seluruh negara telah memberi impak kepada hasrat mereka yang memohon pengeluaran tanpa syarat menerusi i-Sinar berkenaan, kata beliau.

Norshida turut mengingatkan agar mereka yang mengeluarkan simpanan itu dapat menggunakan wang tersebut dengan sebaiknya kerana penularan wabak Covid-19 masih lagi bertebaran.

Ujarnya, semua pihak perlu memainkan peranan masing-masing dalam usaha memutuskan rantaian pandemik tersebut. – MalaysiaGazette



Source link

Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

News Feed