by

Warden wanita Henry Gurney diheret ke IPD

News Sources:

MELAKA: Polis mengesahkan seorang warden wanita di Sekolah Henry Gurney (SHG) telah ‘diheret’ oleh penyelianya ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Melaka Tengah sebelum ditahan polis selepas didapati positif dadah jenis Amphetamine (AMP) dan syabu.

Warden yang juga ibu kepada lapan orang anak berusia 40 tahun itu ditahan kira-kira pukul 7.15 malam di IPD berkenaan, Isnin lalu.

Bercakap kepada Utusan Malaysia, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) negeri, Superintendan Zulkiflee Rashid berkata, penyelianya bertindak demikian selepas mengesyaki wanita terbabit terlibat dalam penyalahgunaan dadah. 

“Hasil saringan ujian air kencing mendapati suspek positif dadah jenis AMP dan syabu.

“Pemeriksaan di rumah suspek di Serkam bagaimanapun tidak menjumpai apa-apa bahan terlarang (dadah),” katanya ketika dihubungi.

Ujarnya lagi, hasil soal siasat mendapati suspek mengakui telah bekerja sebagai warden di sekolah berkenaan selama 16 tahun.

“Siasatan lanjut turut mendapati suspek telah terlibat dalam penyalahgunaan dadah sejak lima tahun lalu. 

“Wanita itu kini direman selama tiga hari sehingga Khamis ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 15 (1) (A) Akta Dadah Berbahaya 1952,” ujarnya.

Sabit kesalahan suspek boleh dihukum penjara maksimum dua tahun atau denda RM5,000 atau kedua-duanya sekali. -UTUSAN ONLINE





Source link

Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

News Feed