by

Warga Britain dilarang masuk kembali ke Malaysia

News Sources:

PUTRAJAYA: Kerajaan bersetuju dengan cadangan Kementerian Pengajian Tinggi untuk membenarkan kemasukan semula semua pelajar antarabangsa ke negara ini kecuali Britain.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, larangan ke atas negara itu susulan penularan varian baharu Covid-19 lebih bahaya berbanding sebelumnya.

“Sekatan ini sebenarnya hanya bersifat sementara dan negara kita turut mengambil langkah pencegahan seperti banyak negara lain ke atas pelawat Britain,” katanya pada sidang akhbar.

Mengulas lanjut, beliau berkata, pelajar asing yang bukan dari Britain pula namun dibenarkan masuk untuk sesi pembelajaran 2021 dan akan mula berkuat kuasa pada 1 Januari depan.

Ia ujarnya, meliputi pelajar lama dan baharu yang telah diterima masuk oleh institusi pengajian tinggi awam atau swasta serta mereka sudah pun mempunyai penginapan tetap di Malaysia.

“Pelajar ini kena buat ujian saringan tiga hari sebelum berlepas dan sekali lagi sejurus tiba di pintu masuk antarabangsa serta kuarantin wajib di pusat diwartakan selama 10 hari,” katanya.

Kos ujian itu dan kuarantin kata Ismail Sabri lagi, perlu ditanggung pelajar terbabit manakala prosedur operasi standard akan diumumkan oleh kementerian tersebut dalam masa terdekat.

Beliau turut memaklumkan, pengiring pelajar itu kecuali dari Britain; yang datang bersama untuk belajar di sekolah antarabangsa atau swasta di Malaysia juga tertakluk syarat serupa.

Namun, tegas beliau, mereka hanya dibenarkan masuk ke negara ini selepas permohonan dikemukakan telah diluluskan dan mendapat visa dari pihak Jabatan Imigresen Malaysia.

Ditanya adakah pihak kerajaan secara dasar sudah mula membuka pintu sempadan negara, Ismail Sabri menjelaskan bahawa ia masih lagi ditutup kecuali atas sebab tertentu sahaja.

“Kementerian Kesihatan sedang memantau rapi terutama isu di Britain dan saya sendiri sudah hubungi rakan sejawatan di negara itu yang memaklumkan situasi semasa di sana,” katanya.

Laporan penularan varian baharu Covid-19 di negara Eropah itu telah mencetuskan suasana panik di seluruh dunia yang bertindak tegas dengan melarang kemasukan pelawat dari Britain.

Menyentuh pertanyaan berhubung pembukaan semula sempadan bagi tujuan ekonomi, Ismail Sabri menegaskan, dasar itu tertakluk kepada perkembangan semasa dan boleh berubah.

Beliau memberi contoh polisi ‘Green Travel Bubble’ yang dilaksanakan sebelum ini melibatkan enam negara kurang berisiko Covid-19, tetapi terpaksa dibekukan buat sementara waktu.

“Australia dan Korea Selatan misalnya kini merekodkan lonjakan kes baharu, tetapi ada juga negara seperti jiran kita, Brunei dan Singapura yang tiada lagi pertambahan kes,” jelas beliau. -UTUSAN ONLINE





Source link

Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

News Feed