by

Warga emas antara ditahan miliki arak dan rokok seludup

News Sources:

JOHOR BAHRU: Seorang warga emas antara dua lelaki tempatan yang ditahan polis semalam kerana memiliki barangan kontraban iaitu rokok dan arak seludup yang disimpan di dua premis berlainan di Kampung Baru Ban Foo, Ulu Tiram.

Pegawai Pemerintah Batalion 5 Pasukan Gerakan Am (PGA), Superintenden Dimin Awang berkata, nilai barangan dianggarkan lebih RM91,000.

Jelasnya, kedua-dua suspek yang ditahan dalam serbuan pada pukul 4 petang itu berusia 41 dan 68 tahun.

“Hasil pemeriksaan dijalankan di kedua-dua premis berkenaan menemukan 120 karton arak dan 327 karton rokok pelbagai jenama dipercayai diseludup.

“Anggaran produk kontraban berkenaan bernilai lebih daripada RM91,000,” katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.

Tambah beliau, tangkapan dan rampasan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Seri Alam untuk tindakan lanjut.

“Kes berkenaan akann disiasat mengikut Seksyen 135 (1) Akta Kastam 1967.

“Sehubungan itu, kami turut menyeru kerjasama orang awam untuk terus menyalurkan maklumat kepada polis bagi mengekang lambakan barangan kontraban di pasaran,” ujarnya lanjut.–UTUSAN ONLINE





Source link

Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

News Feed