April 18, 2021
by

Warga emas hilang di Puteri Harbour ditemukan lemas – JohorKini

News Sources:

Warga-emas-hilang-di-Puteri-Harbour-ditemukan-lemas.jpg

JOHOR BAHRU, 16 FEB: Seorang lelaki warga emas yang dilaporkan hilang di Emerald Bay, Puteri Harbour, di Iskandar Puteri semalam ditemukan lemas, tengah malam tadi.

Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Iskandar Puteri Shamsul Komari Bakar berkata mayat mangsa dijumpai terapung di bawah jeti ‘long side boat’, kira-kira 10 meter dari tempat mangsa dipercayai tergelincir dan terjatuh.

Menurut beliau, sebelum itu, mangsa dikenal pasti sebagai Abdul Rahman Abdul Majid, 79, dilaporkan hilang pada pukul 5 petang, semalam.

“Operasi mencari dan menyelamat mangsa dijalankan dengan kerjasama Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia dan polis.

“Mangsa kemudiannya ditemukan terapung pada pukul 12.09 tengah malam tadi,” katanya dalam kenyataan, di sini hari ini.

Mayat mangsa dihantar ke Hospital Sultanah Aminah untuk tindakan lanjut dan operasi ditamatkan pada pukul 12.45 tengah malam tadi.

Bernama

 



Post Views:
30







Source link

Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

News Feed