by

Warga emas mengaku salah terlibat penipuan pelaburan tidak wujud RM35,000

News Sources:

REMBAU: Seorang warga emas mengaku bersalah di Mahkamah Majistret, di sini atas kesalahan membabitkan pelaburan tidak wujud dengan nilai penipuan sebanyak RM35,000.

Tertuduh, Siah Tiaw Koon, 66, beralamat di Jalan Pudu, Kuala Lumpur membuat pengakuan berkenaan selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Tan Chai Wei.

Berdasarkan pertuduhan, pada 5 Oktober 2017, mangsa telah memasukkan duit ke dalam akaun tertuduh sebanyak RM10,000 atas urusan deposit memiliki geran tanah di Jalan Kebun, Klang, Selangor.

Mangsa membuat perbincangan dengan tiga lelaki dan berjumpa beberapa kali bagi urusan deposit memiliki geran berkenaan.

Pada 6 Oktober 2017, anak mangsa membuat transaksi dalam talian ke atas akaun tertuduh sebanyak RM10,000 dan RM5,000.

Pada 7 Oktober 2017, mangsa memasukkan sekali lagi sebanyak RM10,000 ke dalam akaun tertuduh, namun tertuduh gagal dihubungi.

Bagi kesalahan berkenaan, tertuduh didakwa di bawah Seksyen 424 Kanun Keseksaan dan jika sabit kesalahan boleh dipenjara maksimum lima tahun atau denda atau kedua-duanya.

Pendakwaan dijalankan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Ummi Amyra Natasha Azhar.

Mahkamah kemudiannya meminta tertuduh membayar denda sebanyak RM8,000 dengan seorang penjamin dan jika gagal, boleh dihukum penjara 10 bulan. – UTUSAN ONLINE





Source link

Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

News Feed