by

Warga emas rugi RM61,500 ditipu Kelvin

News Sources:

BENTONG: Demi cinta, wanita warga emas sanggup meminjamkan RM100,000 kepada teman lelakinya bernama Kelvin yang dikenali melalui laman sosial Facebook. 

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial negeri, Superintenden Mohd. Wazir Mohd. Yusof berkata, wanita berusia 73 tahun tersebut mengenali Kelvin sejak April lalu. 

Menurutnya, selepas menjalin cinta hampir sembilan bulan, mangsa dihubungi teman lelakinya untuk meminjam RM100,000 dan berjanji akan memulangkan kembali wang itu. 

“Mangsa memasukkan wang berjumlah RM61,500 ke akaun bank atas nama individu lain yang diberikan suspek melalui empat transaksi di kaunter sebuah bank di Bentong.

“Semalam (Jumaat), mangsa pergi semula ke bank itu untuk memasukkan baki pinjaman, namun bernasib baik apabila pihak bank curiga dengan nombor akaun yang digunakan itu sebelum mendapati ia milik ‘scammer’,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini. 

Kata Mohd. Wazir, mangsa tampil membuat laporan di Balai Polis Bentong semalam selepas menyedari ditipu. 

“Kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan,” katanya. -UTUSAN ONLINE

The post Warga emas rugi RM61,500 ditipu Kelvin appeared first on Utusan Digital.



Source link

Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

News Feed