April 18, 2021
by

Warga Malaysia yang ditahan di Singapura Julai lepas kini dalam tahanan PDRM – JohorKini

News Sources:

PDRM-polis-tangkapan-jenayah.jpg

KUALA LUMPUR, 10 FEB: Seorang pekerja pembersihan rakyat Malaysia yang ditangkap pihak berkuasa Singapura Julai lepas, kini berada dalam tahanan Polis Diraja Malaysia (PDRM) selepas terbabit menyokong kumpulan pengganas ISIS.

Sumber PDRM berkata lelaki berusia 33 tahun itu telah dituduh di Mahkamah Sesyen Johor Bahru dan kesnya akan dipindahkan ke Mahkamah Tinggi Jalan Duta, Kuala Lumpur tidak lama lagi.

Beliau berkata sebutan kes tertuduh telah empat kali didengar di mahkamah Johor Bahru dan PDRM menunggu arahan selanjutnya daripada pihak pendakwaan untuk memindahkan kes tersebut ke mahkamah Kuala Lumpur.

“Dia ditahan mengikut Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA) dan didakwa di bawah Seksyen 130 Kanun Keseksaan atas kesalahan berkait keganasan,” katanya, lapor Bernama TV semalam.

Mengulas lanjut sumber itu berkata lelaki terbabit ditahan Jabatan Keselamatan Dalam Negeri (ISD) Singapura bersama isterinya yang merupakan rakyat republik itu.

“PDRM membuat pemantauan terhadap akaun media sosial lelaki itu dan kami dapati dia cenderung memberikan sokongan kepada militan menerusi hantaran di Facebooknya.

“Maklumat itu kami salurkan kepada ISD dan pasangan itu ditahan. ISD kemudiannya mengusir lelaki itu dan menyerahkannya kepada PDRM pada Ogos tahun lalu manakala isterinya yang berusia 34 tahun dikenakan arahan sekatan,” katanya.

ISD dalam kenyataan semalam memberitahu pihaknya bekerjasama rapat dengan Cawangan Khas Malaysia (MSB) dalam penyiasatan terhadap Mohd Firdaus Kamal Intdzam yang ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) pada Julai 2020.

Mohd Firdaus dikatakan mula menjadi radikal pada 2016 apabila dia menyimpan niat untuk ke Syria bersama isterinya, Ruqayyah Ramli untuk menyertai perjuangan bersama ISIS.

Bernama



Post Views:
2







Source link

Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

News Feed