by

Wartawan temu ramah mangsa banjir, pulang jadi mangsa banjir

News Sources:

TEMERLOH: Seorang wartawan yang keluar awal pagi untuk menemu ramah mangsa banjir di Jerantut dekat sini tidak menyangka dia juga menjadi sebahagian mangsa banjir.

Rosilawati Rosedi, 40, berkata, dia keluar seawal pukul 7 pagi untuk ke Jerantut bagi menemu ramah mangsa banjir sebelum sampai ke rumahnya di Kampung Batu Kapur, Mentakab pada pukul 3 petang.

“Apabila sampai ke rumah, saya terkejut melihat rumah ditenggelami air pada paras pinggang dan kedua ibu bapa serta anak saya tiada di rumah kerana telah dipindahkan.

“Saya kehilangan dokumen penting seperti surat beranak anak dan sijil perkahwinan selain tiga ekor kucing,” katanya di sini hari ini.

Menurut Rosilawati yang merupakan wartawan sebuah akhbar tempatan, kebanyakan barang-barang elektrik telah diletakkan di luar rumah oleh bapanya.

Tambahnya, anaknya yang berusia tujuh bulan pula dijaga buat sementara waktu oleh jiran.

“Pada masa ini kami sekeluarga ditempatkan di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Seri Semantan,” ujarnya.- UTUSAN ONLNE





Source link

Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

News Feed