by

Waspada potensi gempa, tsunami pada 2021

News Sources:

JAKARTA: Rakyat Indonesia dinasihatkan untuk sentiasa berwaspada terhadap potensi bencana gempa bumi dan tsunami pada tahun hadapan.

Lapor Liputan6, Kordinator Pengurusan Gempa dan Tsunami di Agensi Meteorologi, Klimatologi dan Geofizik (BMKG), Daryono berkata, ini kerana Indonesia merupakan negara yang aktif gempa bumi.

Malah, kata beliau, terdapat banyak sumber gempa bumi di Indonesia yang terdiri daripada 13 segmen megathrust dan lebih 295 zon sesar aktif.

Jelas beliau, purata gempa bumi berlaku dalam setahun adalah sebanyak 6,000 kali.

Menurut beliau, sepanjang tahun ini, gempa bumi sudah berlaku sebanyak 8,264 kali.

“Dengan mengambil kira kejadian gempa bumi pada tahun ini, orang ramai harus sentiasa berwaspada.

“Sebanyak 8,264 kali gempa bumi berlaku pada 2020, jumlah ini lebih rendah berbanding tahun tahun yang merekodkan 11,515 kali,” katanya.

Oleh itu, kata Daryono, terdapat beberapa zon jurang seismik yang harus diberi tumpuan seperti zon Mentawai, selatan banten-Selat Sunda, selatan Bali, kawasan Laut Maluku, Laut Filipina dan Utara Papua.  

“Sesar Lembang, segmen Aceh, segmen Matano dan sesar Sorong juga antara zon jurang seismik lain yang perlu diberi perhatian,” katanya.  

Dalam pada itu, Daryono memberitahu kawasan gempa bumi yang sangat aktif adalah di Barat Aceh, Bali, Lombok, Sumbawa, Sumba, Maluku Utara dan Seram.    





Source link

Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

News Feed