by

Waspada tawaran pajak gadai tidak berlesen

News Sources:

PETALING JAYA: Orang ramai diingatkan agar sentiasa berwaspada dalam berurusan dengan mana-mana pihak yang menawarkan perkhidmatan pajak gadai bagi mengelakkan daripada menjadi mangsa penipuan.

Ini kerana, sejak pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sejak 18 Mac tahun lalu, sedikit sebanyak telah memberikan impak dari segi ekonomi dan pendapatan golongan tertentu.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial, Bukit Aman, Datuk Zainuddin Yaacob berkata, demi kelansungan hidup, sesetengah daripada mereka terpaksa menggadaikan barangan berharga di pajak gadai.

Oleh itu, kata beliau, dari sudut pandangan pihaknya, situasi ini berkemungkinan wujudnya aktiviti pajak gadai tidak berlesen atau penipuan dalam tawaran tersebut memandangkan ada individu tidak bertanggungjawab mengambil kesempatan ke atas mangsa-mangsa yang terdesak.

“Mana-mana individu sekiranya ingin menggadaikan barangan berharga, pastikan berurusan dengan syarikat pajak gadai yang dilesenkan oleh kerajaan.

“Jangan sesekali berurusan melalui medium dalam talian kerana aktiviti pajak gadai hendaklah dijalankan secara fizikal di premis perniagaan yang berdaftar,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Mengulas lebih lanjut, ujar Zainuddin, setakat ini, tiada laporan polis diterima berkaitan kes sebegini namun kebarangkalian untuk kes-kes sebegini berlaku tidak mustahil.

Justeru itu, beliau mengingatkan masyarakat perlu sentiasa berjaga-jaga dan mengambil tahu prosedur dan undang-undang berkaitan bagi mengelakkan diri dari menjadi mangsa penipuan.

“Usaha dan peranan pihak polis dan masyarakat amat penting bagi memastikan negara ini dihindari perlakuan jenayah komersial.

“Antara lain, masyarakat juga diingatkan untuk sentiasa mengamalkan sikap berjimat cermat dan mengutamakan keperluan kerana hidup secara bermewah-mewah bukan lagi suatu pilihan kerana yang lebih penting adalah memastikan kelangsungan hidup itu sendiri,” katanya. – UTUSAN





Source link

Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

News Feed