by

YPM tubuh pasukan petugas bantu calon SPM mangsa banjir

News Sources:

JEMPOL: Yayasan Pelajaran MARA (YPM) menubuhkan pasukan petugas pasca banjir dengan fokus memberikan sokongan psikologi kepada pelajar khususnya calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2020 yang bakal menduduki peperiksaan bermula  20 Februari depan.

Pengerusi Eksekutif YPM, Datuk Dr. Nizar Sudin berkata, YPM akan menyelaras secara bersama dengan agensi-agensi di bawah Majlis Amanah Rakyat (Mara) dan juga alumni Mara bagi memberikan sokongan kepada calon SPM di kawasan yang terjejas banjir di negara ini.

“YPM berpendapat bantuan pasca banjir lebih penting dan telah membahagikan penyelarasan bantuannya mengikut tiga zon iaitu Zon Pantai Timur, Selatan dan Utara iaitu di Perak.

“Bentuk bantuan yang diberikan melalui pasukan petugas ini ialah yang pertamanya berupa bantuan peralatan persekolahan di setiap Parlimen yang terjejas banjir dan kedua ialah bantuan kaunseling kepada mangsa banjir yang bakal menduduki peperiksaan SPM dengan kerjasama Pejabat Pendidikan Daerah (PPD),” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita dalam sidang akhbar selepas Majlis Perasmian Program ‘Back to School’ 2021 @ KPLB Parlimen Jempol di Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Serting, Jempol, hari ini.

Progam berkenaan dirasmikan oleh Ahli Parlimen Jempol, Datuk Mohd Salim Mohd Sharif dan turut dihadiri oleh Pengarah Mara Negeri Sembilan, Mimi Mazlin Mohamed Yusof.

Dalam pada itu, jelas Nizar berkata, YPM menyasarkan untuk membantu seramai 44,400 pelajar serta murid di seluruh negara dengan nilai peruntukan keseluruhan sebanyak RM2.6 juta menerusi program ‘Back to School’ 2021 @ KPLB.

“Pada tahun lalu, sejumlah 31,758 orag murid dan pelajar dikenal pasti di seluruh negara bagi menerima bantuan dalam program yang sama dengan jumlah keseluruhan peruntukan sebanyak RM1.8 juta,” katanya.

Terdahulu, dalam ucapannya, Nizar berkata, pihaknya tidak hanya membantu golongan murid dan pelajar sekolah membabitkan keluarga berpendapatan 40 peratus terendah (B40) bahkan turut memainkan peranan mencungkil bakat dan potensi pelajar yang terbaik untuk diketengahkan.

“Objektif program ini adalah hanya untuk mengurangkan beban ibu bapa berpendapatan rendah dalam menyediakan kelengkapan persekolahan anak mereka di awal tahun sesi persekolah bermula dan memberi peluang anak mereka mengikuti sesi persekolahan dengan sempurna serta selesa melalui kelengkapan baharu,” katanya. -UTUSAN ONLINE





Source link

Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

News Feed