by

YTL tawarkan telefon bimbit percuma kepada pelajar SPM/STPM  B40

News Sources:

PUTRAJAYA: Calon-calon SPM dan STPM berpeluang menikmati Pakej Data Khas yang diperkenalkan lima syarikat telekomunikasi sehingga tamat peperiksaan pada  akhir April 2021.

 Menurut kenyataan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM), di bawah pakej berkenaan, syarikat-syarikat  telekomunikasi iaitu Celcom, Digi, Maxis, U Mobile dan Telekom  Malaysia (TM) menawarkan kemudahan pas data prabayar pada  harga RM20 untuk 15GB bagi tempoh 30 hari bermula 6 Januari depan. 

Katanya, bagi program Learning From Home (LFH) oleh syarikat YTL pula dilanjutkan sehingga berakhirnya peperiksaan SPM dan STPM. 

“Di bawah  LFH ini, pakej percuma dan kad SIM dengan data sebanyak 40GB juga ditawarkan kepada para pelajar  di seluruh negara. 

“Para pelajar daripada golongan B40 juga boleh  memohon untuk mendapatkan telefon bimbit percuma oleh syarikat YTL,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Selain itu, SKMM memberitahu lima syarikat telekomunikasi itu juga masing-masing akan melanjutkan kelas-kelas dalam talian percuma mereka. 

Katanya, Celcom akan menawarkan kelas Tuisyen Rakyat, Digi (Jom Tuisyen), Maxis (e-Kelas) dan Telekom Malaysia (I-Learn Ace).

Sementara itu, menurut SKMM, waktu operasi Pusat Internet Komuniti (PIK) kini  dilanjutkan dari 9.00 pagi sehingga 9.00 malam bagi memberikan  peluang kepada calon-calon SPM dan SPM serta B40 untuk  memanfaatkan kemudahan untuk sesi pembelajaran dan urusan  seharian mereka. 

Turut dilaksanakan di bawah inisiatif itu katanya, pemberian capaian WIFI  percuma di kawasan umum di 130 Projek Perumahan Rakyat (PPR) seluruh negara sehingga akhir April 2021 oleh Celcom, Digi, Maxis, U Mobile, TM dan TIME. 

“Melalui pemberian capaian WIFI percuma, ia bukan sahaja membolehkan para penduduk setempat berkomunikasi dengan orang  lain bahkan memanfaatkan untuk menjana sumber pendapatan  tambahan. 

“Justeru, pihak SKMM berharap agar calon-calon SPM, STPM dan  kumpulan isi rumah B40 dapat memanfaatkan sebaik mungkin kemudahan-kemudahan yang disediakan kerajaan ini  demi manfaat mereka bersama,” katanya. -UTUSAN ONLINE





Source link

Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

News Feed