by

Zulkifli pastikan setiap sen wang zakat dimanfaat 8 asnaf

News Sources:

PUTRAJAYA: Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri memberi jaminan, beliau akan memastikan setiap sen wang zakat yang dipungut di Wilayah Persekutuan, akan dapat dimanfaat kepada lapan golongan asnaf.

“Mereka ini merupakan golongan asnaf yang memang ditetapkan sendiri oleh syarak. (Justeru) kepada Allah SWT, kami memohon keampunan dan kami bertawakkal,” jelasnya menerusi kenyataannya di sini, hari ini.

Mengulas mengenai Laporan Ketua Audit Negara 2019 berhubung isu perbelanjaan menggunakan agihan wang zakat oleh Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP), Zulkifli berkata, beliau akan meneliti perkara tersebut.

Malah katanya, beliau sendiri turut mengambil maklum mengenai laporan audit berkenaan.

“Saya ingin menegaskan ia adalah tanggungjawab saya kepada umat Islam di tiga Wilayah Persekutuan dan juga amanah daripada Allah kepada saya yang baru memegang jawatan.

“Ini untuk memastikan segala amanah dan kepercayaan oleh para pembayar zakat dapat dipenuhi dengan sebaik mungkin,” tegas beliau lagi.

Mengulas lanjut, Zulkifli berkata, segala syor dikemuka dalam laporan itu akan dilaksanakan secepat mungkin sejajar dengan firma Allah yang turut menjadi pegangan dirinya selama ini.

“Allah sendiri menjadi saksi akan kesungguhan saya dalam memastikan agihan wang zakat dapat dilaksanakan seadilnya,” katanya merujuk al-Quran menerusi ayat 17 surah al-Anfal.

Ayat berkenaan membawa maksud ‘Wahai orang beriman! Janganlah kamu khianati (amanah) Allah dan Rasul-Nya, dan (janganlah) mengkhianati amanah kamu walhal kamu mengetahui.”- UTUSAN ONLINE

The post Zulkifli pastikan setiap sen wang zakat dimanfaat 8 asnaf appeared first on Utusan Digital.



Source link

Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

News Feed